Khamis 25 Julai iaitu hari ini genapnya baby syifa berusia 52 hari bersamaan umur 1bulan3minggu .. yayyy baby syifa dah besar !! Cepatnya masa berlalu pergi, rasa macam baru semalam je baby syifa lahir .. (ayat kebiasaan yg selalu orang guna .. hehe) Boleh dikatakan banyak perubahan dan peningkatan yg baik yg aku nampak pada si kecil ni .. contohnya dia dah pandai membalas senyuman, mula belajar mengenal orang disekelilingnya, dah pandai marah(lebih2 lagi bila tak dapat susu), dan yg paling ketara dia dah pandai menegur ibunya sendiri !!! Wow so fantastic babe :') TERHARU MAKKKK ..
Baby syifa pun sembelit taw baru2 ni .. kesian sangat bila dengar dia mengerang menahan sakit sembelit .. bayi baru lahir memang akan mengalami situasi macam ni .. mula2 memang risau sebab dekat 3hari si kecil tak membuang 'poo poo' dia .. lepas hari keempat barulah dia dapat melepas .. bila bawa jumpa physician, doktor kata perut baby baru nak belajar menyerap zat makanan yg ada dalam perut dia (that's mean susu ibu tu) jadi usus dia akan ambil masa nak proses najis tu .. macam tu la ceritanya .. *take note kalau ibu yg memberikan susu formula jika bayi anda sembelit segeralah rujuk pada yg pakar ..
Sekarang nak share cerita si ibu pula .. ketika aku admitted daripada hospital serdang dulu, doktor tak provide kan ubat 'mudah membuang' pada aku jadi pada 2minggu yg pertama selepas bersalin keadaan tubuh badan pada mulanya baik namun pabila masuk minggu ke 3 berpantang aku mengalami sembelit yg teramatlah teruk .. boleh dikatakan sebagai buasir kerana najis yg dibuang keras seperti batu bercampur dengan darah akibat luka kerana meneran sewaktu membuang .. *take note jangan sesekali meniru aksi ini kerana tersilap teran jahitan luka bersalin boleh terbuka kembali .. aku menahan seksa sembelit selama 1jam dalam keadaan menangis dan meraung dalam keadaan separuh sedar kerana rasanya seperti hendak bersalin sekali lagi .. bila dah kena sekali ingatkan tak akan terkena lagi .. tak sampai 3hari sembelit menyerang lagi .. tak tahu mana silapnya, aku menanggung seksa sembelit selama 3minggu .. ~pergh lamanya .. macam2 ikhtiar yg aku usahakan, MAKAN LIMAU SUNKIST , MINUM AIR SUAM 1 BOTOL BESAR SEHARI , MINUM AIR SUNQUICK , MINUM YOGURT , MAKAN BUBUR NASI , MAKAN BUAH BETIK , BUAT EXERCISE PERUT .. walaupun sembelit masih datang lagi namun rasa sakitnya semakin berkurangan, duduk dalam tandas pun takdelah sampai berjam2 hingga buasir berdarah .. nendaku menyarankan supaya aku mencuba julap namun aku tak begitu berani kerana aku masih menyusukan anak dengan susu badan .. hari berganti hari aku lalui dengan perit hinggalah pada hari ke 35 aku berpantang akhirnya sembelit aku telah hilang secara menyeluruh dengan sendirinya .. Alhamdulillah :')
Sembelit selepas bersalin berlaku apabila otot usus mengendur dan membengkak kerana melahirkan anak yg menyebabkan sistem pencernaan menjadi perlahan .. selain itu banyak faktor juga yg menjadikan si ibu itu mengalami sembelit selepas bersalin, antaranya kurang cecair dalam badan dan penghasilan hormon progesteron dalam tubuh badan ..
Jadi moral of the story, buat mommy to be diluar sana bila anda bersalin nanti jangan lupa request ubat 'mudah membuang' tu ye .. ;)