Saturday, August 9, 2014

KULAT SISIR/KULAT BUSUT

Assalamualaikum W.B.T semua readers!!!Selamat menyambut hari lebaran yg mulia ini!!!!!untuk entry kali ni edisi memang khas iolls bg for uolls :))

Siapa pernah dengar atau makan KULAT SISIR A.K.A KULAT BUSUT A.K.A CENDAWAN  HUTAN KECIK ?????? Ia merupakan sejenis tumbuhan yg tumbuh pada dahan pokok getah yg dh mati . Kebiasaan ia tumbuh selepas hujan bila dahan getah yg mati tu basah . Tp jangan terkeliru okay dengan kulat sisir yg tumbuh pada dahan mati drpd pokok jenis yg lain . Silap2 terambil nanti boleh keracunan pulak XD !!!!!!

Kulat sisir ni memang payah nak cari sbb tak ramai yg jual . Even pasar besar kuantan,pasar payang Terengganu dan pasar siti khadijah kelantan pun kadang2 ada kadang takda . Nak dijadikan cerita 13syawal baru ni aku pergi open house bapa saudara aku di rawang,tak disangka2 pakcu aku cakap mak saudara aku yg berada di kelantan kirimkan kulat sisir untuk aku . Ya Allah terharunya!!!!! faveret aiiiiii :p .. kulat sisir ni boleh dipelbagaikan cara masakan , antara jenis masakan yg biasa dijadikan hidangan enak :
1. Kulat sisir masak tempoyak
2. Kukat sisir masak telur
3. Kulat sisir masak lemak kuning
Fuhhhhh mavelessss kau!

Kalau nak tahu,rasa sebenar kulat sisir ni sama je macam rasa cendawan2 spesis lain tu . Alang2 menyauk pekasam buar sampai ke pangkal lengan kan,aku selitkan sekali resepi kulat sisir masak tempoyak ni.

Kulat sisir masak tempoyak

Bahan2
Bawang putih
Bawang merah
Cili padi
Ikan bilis
Tempoyak baru
Kulat sisir
Air
Minyak masak
Garam 
Gula

Cara2
1. Panaskan minyak dan tumis bwg putih & bwg merah yg telah ditumbuk hancur.
2. Setelah bwg kekuningan masukkan cili padi yg ditumbuk  lumat beserta ikan bilis yg dibelah 4*nak tumbuk lumat pun boleh .
3. Masukkan sedikit air dalam 3sudu besar dan gaul rata. 

 4. Dah naik bau bolehlah masukkan garam dan gula secukup rasa.*harus masukkan garam dulu sebelum tempoyak supaya rasa masin jd sama rata.
5. Masukkan tempoyak segar . *kalau takde tempoyak baru pun boleh cuma rasa dh berapa menarik. Boleh pakai tempoyak lama cuma gula kasi banyak sikit dlm 1sudu besar.

*ni gambar tempoyak baru

6. Masukkan air sekali lg supaya tempoyak dlm kuali tu tak bergentel. Lebih kurang dalam setengah cawan kecik .
7. Last sekali masukkan kulat sisir!!!!!
*tapi basuh dulu taw.cucI bersih ya

Tadaaaaaa!
Kacau rata sampai lah masak. Kalau nak masukkan ajinomoto pun boleh