Kadang2 kita terleka alpa dengan duniawi sedangkan yg lebih indah masih terbuka menanti di akhirat sana .. Alangkah bagusnya kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W bersatu untuk kesenangan bersama kelak .. Peperangan sesama sendiri, bunuh membunuh, menganiaya, benci membenci, maksiat sana sini, tamak haloba hinggakan terlupa ada yg lebih susah daripada kita .. MasyaAllah !!!
Sejuta insan bersatu hati, sejuta hati dengan satu niat .. kita bahagia dan aman dibumi Malaysia tp masih ada yg tak tahu cetusan konflik dibumi arab .. Setiap hari ribuan nyawa terkorban syahid perjuangkan islam .. Marilah kita berdoa bersama agar mereka yg berjuang dilindungi .. Janganlah kita mengeluh dengan hidup kita, biar susah janji kita tetap berusaha untuk majukan diri ..
Tak salah untuk kita menikmati rezeki anugerah Illahi tapi perlukah kita bermegah dengan niat ada yg mencemburui kita .. Bersyukurlah kerana segalanya adalah hak milik Allah S.W.T .. Bersyukurlah ...
Sedarilah bahawa asalnya kita hanya dari segumpal darah persenyawaan ibunda dan ayahanda yg tercinta, sedarilah kita bahawa sejak kecil tangan kasar itulah yg mengendong, menyuap, membelai, mencuci, menjaga, membesarkan, melindungi, memberi kasih sayang sepenuhnya untuk kita walaupun kita tak pernah menghargai mereka .. Mereka tetap kasihi kita, betul tak ? ...
Menjadi kebiasaan setiap insan untuk berlumba2 sesama sendiri kononnya persaingan sihat .. Pernah tak terfikir kita hanya memikirkan tentang sesama kita namun tidak pernah memikirkan walau sedetik pun pada Allah ? ... Astaghfirullah halazim ..
Syaitan membisikkan ditelinga, cukup2 lah baca ni, kamu takkan insaf punya, kan hati batu, nanti dah tua boleh taubat jugak . Ya Allah tunjukkanlah kepada kami hambamu akan hidayah :') aaminnn ya robb .
Wahai sahabat2 saudara2 saudari2, lupakanlah sengketa semalam . Memang hati yg terhiris masih berparut namun kemaafan meleraikan segalanya . Memang senang untuk melafazkan namun pahit yg diharungi tiada siapa yg tahu . Bukakanlah hati untuk menerima dan memaafkan . Bukalah lembaran baru kerana setiap makhluk telah ditulis qada dan qadarnya :')
Allahualam :')
Monday, August 19, 2013
1001 kisah
Friday, August 16, 2013
Resepi Nasi Goreng Seafood
Haiiiii....kita berjumpa lg dalam entry kali ni su nak tunjukkan rahsia istimewa dalam masakan su......
Siapa yg pernah makan hasil air tangan su mesti teringat2 sampai sekarangkan...cewwah....hahahahaha
Menu harini adalah NASI GORENG SEAFOOD...
BAHAN :
(Untuk 4orang makan)
NASI -4pinggan
AYAM -2ketul dipotong dadu
UDANG -5ekor buang kulit dibelah tengah
SOTONG -2ekor potong dibahagi 4
TELUR -2biji goreng hancur
JEJARI KETAM SEGERA (yg warna merah jalur putih yg panjang tu)-2batang potong 4 kemudian digoreng
UDANG KERING -ditumbuk lumat
CILI PADI - ditumbuk lumat
BAWANG PUTIH & MERAH -ditumbuk lumat
BAWANG BESAR -ditumbuk lumat
SOS IKAN -1sudu besar(kalau takde pun takpe)
SOS TIRAM -1sudu besar
SOS SOYA -1sudu besar(kalau takde gantikan dgn kicap pekat manis)
SERBUK PERASA AYAM -secukup rasa
GARAM & GULA -secukup rasa
DAUN BAWANG -segenggam
DAUN SUP , BAWANG GORENG , TIMUN-untuk hiasan
AJINOMOTO -secukup rasa
CARA MEMASAk :
Perhatian! Tips ketika menumis bawang pastikan sampai bawang betul2 masak tp jangan sampai garing dan hangus . Disinilah yg akan menentukan kesedapan rasa nasi goreng korang .
1.Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih ,bawang merah,bawang besar,cili padi,udang kering sehingga naik bau dan warna kekuningan .
2.masukkan ayam,udang,sotong,jejari ketam gaulkan sampai masak . Sambil gaul masukkan sos ikan,sos tiram,sos soya,garam ,gula kemudian gaul sebati .
3.setelah ayam dan bahan lain cukup masak, kita dah boleh masukkan nasi,telur,daun bawang serta serbuk perasa . Gaul rata hingga sekata *sampai takde ketulan nasi
5.step yg terakhir...sebelum tutup api tu tabur sikit ajinomoto sebab kalau tak letak rasa kelazatannya akan berkurangan....*ini betul2 bukan psycho taw
4.setelah nasi goreng masak boleh taburkan daun sup dan bawang goreng diatasnya..hiaskan juga ditepi nasi goreng dgn hirisan timun....
SELAMAT MENCUBA !!!!!!!