Monday, August 19, 2013

1001 kisah

Kadang2 kita terleka alpa dengan duniawi sedangkan yg lebih indah masih terbuka menanti di akhirat sana .. Alangkah bagusnya kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W bersatu untuk kesenangan bersama kelak .. Peperangan sesama sendiri, bunuh membunuh, menganiaya, benci membenci, maksiat sana sini, tamak haloba hinggakan terlupa ada yg lebih susah daripada kita .. MasyaAllah !!!
Sejuta insan bersatu hati, sejuta hati dengan satu niat .. kita bahagia dan aman dibumi Malaysia tp masih ada yg tak tahu cetusan konflik dibumi arab .. Setiap hari ribuan nyawa terkorban syahid perjuangkan islam .. Marilah kita berdoa bersama agar mereka yg berjuang dilindungi .. Janganlah kita mengeluh dengan hidup kita, biar susah janji kita tetap berusaha untuk majukan diri ..
Tak salah untuk kita menikmati rezeki anugerah Illahi tapi perlukah kita bermegah dengan niat ada yg mencemburui kita .. Bersyukurlah kerana segalanya adalah hak milik Allah S.W.T .. Bersyukurlah ...
Sedarilah bahawa asalnya kita hanya dari segumpal darah persenyawaan ibunda dan ayahanda yg tercinta, sedarilah kita bahawa sejak kecil tangan kasar itulah yg mengendong, menyuap, membelai, mencuci, menjaga, membesarkan, melindungi, memberi kasih sayang sepenuhnya untuk kita walaupun kita tak pernah menghargai mereka .. Mereka tetap kasihi kita, betul tak ? ...
Menjadi kebiasaan setiap insan untuk berlumba2 sesama sendiri kononnya persaingan sihat .. Pernah tak terfikir kita hanya memikirkan tentang sesama kita namun tidak pernah memikirkan walau sedetik pun pada Allah ? ... Astaghfirullah halazim ..
Syaitan membisikkan ditelinga, cukup2 lah baca ni, kamu takkan insaf punya, kan hati batu, nanti dah tua boleh taubat jugak . Ya Allah tunjukkanlah kepada kami hambamu akan hidayah :') aaminnn ya robb .
Wahai sahabat2 saudara2 saudari2, lupakanlah sengketa semalam . Memang hati yg terhiris masih berparut namun kemaafan meleraikan segalanya . Memang senang untuk melafazkan namun pahit yg diharungi tiada siapa yg tahu . Bukakanlah hati untuk menerima dan memaafkan . Bukalah lembaran baru kerana setiap makhluk telah ditulis qada dan qadarnya :')
Allahualam :')

3 comments:

  1. Terbaekkk... moga sufi teruskan usaha ni..hope satu hari nanti leh jd blogger yg berjaya..aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah syukur Alhamdulillah sbb support sufi .. terima kasih banyak .. semoga kita semua mendapat berkat & rahmat Allah dunia akhirat .. aaminn

      Delete
  2. آمِينْ ... آمِينْ ... آمِينْ ...
    آمِينْ يَا رَ بَّ الْعَالَمِين

    ReplyDelete