Thursday, June 27, 2013

Mencari Bidan Urut a.k.a Confinement Lady

Berpantang oh berpantang......ingatkan semudah abc rupanya leceh woooo....belum tambah lagi nak cari tukang urut selepas bersalin/bidan urut/confinement lady.....aku mula berurut pada hari ke 18 berpantang iaitu almost 3weeks berpantang!!yg menjadikan aku lambat berurut ni sebab baby syifa 2kali masuk nicu sebab jaundis(demam kuning),dah booking opah urut tetiba jatuh sakit pulak opah tu kena strok....janji dengan tukang urut endon last minit tak jadi..kemudian terjumpa risalah iklan tukang urut,tanya harga sekali amik kau Rm550 dia bagi untuk 3hari...ikhtiar terakhir aku google..rupanya confinement lady ramai kat puchong ni...bila dah ada depan mata aku pulak memilih...mungkin sebab mahal kot(padahal nak save budget)..hahahaha :p

sehinggalah sorang membe datang rumah melawat baby syifa...dengan kesempatan yg ada aku pun tanya la confinement lady area2 puchong ni...kebetulan confinement lady yg dia kenal adalah kawan emaknya...Alhamdulillah jumpa jugak akhirnya!!nama confinement lady ni Puan Maryam(012-6463637) ,kita sendiri kena pergi ke rumahnya di bandar kinrara 6...barang yg kita perlu bawa cuma bengkung je nanti dia akan bengkungkan kita selepas siap urut....dia urut memang best..cara dia urut sangat profesional dan betul2 teliti...sekali urut rasa ringan je badan....sengal2 badan pun hilang...peranakan yg turun dinaikkan balik...puan maryam ni peramah orangnya,suka sangat sebab dia mesra alam..dia urut tak kira jam..selagi tak siap selagi tu dia akan urut...kalau nak mandi herba pun boleh cuma kita kena bawa bahannya(daun serai wangi,daun pandan,daun lengkuas)...payment pula adalah mengikut seikhlas hati dan kemampuan kita...

Lain masa aku nak datang berurut lagi...hehe..nanti nak bawa my granma pulak berurut....puan maryam bukan sahaja mengurut wanita selepas bersalin malah urutan tradisional bagi yg sakit2 badan pun boleh...

No comments:

Post a Comment