Thursday, June 27, 2013

Welcome to Parenthood

Bayi yg baru lahir tidak mengenal waktu siang mahupun malam....perut mereka merangsang lapar tiap masa....para ibu perlu berkorban untuk berjaga malam....

Ada gaya ala muqadimah surat khabar tak???entri kali ni mengenai kehidupan baruku sebagai seorang mommy baru....

shopping baju anak ni adalah satu kemestian bagi setiap para ibu dan bakal ibu....antara salah satu gedung bayi yg paling aku suka singgah ialah dekat BABY OUTLET BANDAR SUNWAY PJS 11/1....barangan bayi newborn hingga 8year pun ada...dah nama pun warehouse,harga borong la....brand yg feymes kat warehouse tu ada brand ANAKKU,DISNEY,BEBE etc....bila dah rambang mata,setakat nak window shopping boleh jadi 'berhabis shopping'....

Breast feeding (BF) pada awal kelahiran baby syifa ni aku memang berkeras hanya nak berikan BF je tapi tak tahu mana silapnya,badan aku tidak berjaya menghasilkan susu yg banyak....kesian baby syifa kekurangan susu....aku telah mengubah fikiran untuk memberikan susu formula  setelah terjadinya insiden 2kali baby syifa kena admitted di wad nicu akibat jaundis (demam kuning) tahap kritikal....baby syifa dilahirkan pada usia 34minggu 5hari,jadi dia dilabelkan sebagai bayi pramatang..tambahan pulak tak dpt susu yg mencukupi lg la menjadi2 kuningnya..ibunda menasihatkan aku supaya memberikan susu formula + BF setelah anak sihat nanti...

Ini adalah pengalaman pertama aku dan encik suami menjadi ibu bapa....jadi perasaan risau sentiasa membuak2 dalam diri lebih lagi bila tengok anak mata nya semacam je menjuling ke atas...bila dibawa ke klinik,doktor kata ini bukanlah sawan tp perkara normal bagi setiap bayi yg baru lahir matanya baru nak 'setting'.....simptom sawan seperti badan bayi mengeras dan kejang dgn lama,mata hitam keatas dlm tempoh yg lama....

Anak itu adalah anugerah Allah yg amat bernilai,err...aku terfikir macam mana ada orang boleh sanggup buang anak sendiri????

No comments:

Post a Comment