Bagi aku sendiri yg dah merasa saat gentir gemuruh bersalin di hospital serdang ni,aku tak rasa pun yg GH ni seteruk yg diorang kata...lepas ni tak payahlah dengar cakap mak besah mak kiah mak jemah bagai,korang ikut kata hati korang sendiri....kalau dilema jugak nak beranak kat mana meh sue tolong2 sikit...
1.kalau setakat ada Rm2k tak payahlah nak berangan hantar bini beranak kat spital swasta even dorang de pakej yg below 2k tu...kalau nasib tak menyebelahi korang hari tu,bini korang kena c-zer,mana korang nak cekau duit oii....
2.lepas bini korang bersalin banyak nak pakai duit nanti untuk anak.eventhough dah shopping sakan barang baby tp nanti ada je barang yg nak dibeli lg...
#membebel je aku ni dari td
3.ha okay ni tips2 nya--> survey semua hospital yg berdekatan rumah anda.
4.semua kan di hujung jari,google lah...search mengenai review2 para ibu yg b ersalin di GH...masa tu lah kita tawu okay ke tidok...
Kalau untuk rating aku boleh bagi 4/5 bintang...kiranya 9/10 markah la..hospital serdang ni nurse dia baik2 belaka,peramah,prihatin cuma ada certain2 misi ni jenis membebel sikit....doktor dan mak bidan pulak memang tip top,bagus sangat..semua information dorang akan terangkan satu persatu(tp kalau tak paham kena tanya jugak) siap ada prons & cons lg..time doktor nak seluk pun doktor akan say 'sorry' dulu,jahitan pun elok kemas....sampai ke cleaner ngan pak guard pon okay kauuuu....kalau kat wad makanan dia pergh
macam lauk kat rumah...masa sue kat spital serdang dia bg nasi putih lauk sup ayam dgn sayur goreng lagi....sue bersalin pagi discharge malam so sempatlah mereka hidang 3kali makan tengah hari,minum petang dan makan malam...kaunter pembayaran masa nak discharge tu settle dlm masa 5minit je..DAN YG PALING PENTING SEKALI ENCIK SUAMI BOLEH MASUK LIBER ROOM TEMAN ISTERI BERSALIN(semua GH boleh)
Keseluruhan daripada pengalaman aku,hospital serdang ni okay sangat...Alhamdulillah aku selamat melahirkan seorang puteri secara normal dengan berat 2.68kg....
No comments:
Post a Comment