Thursday, November 21, 2013

Tupperware Murah-Murah Aje

Assalamualaikum
Korang mesti pelikkan sejak bile lar aku minat jadi cik kiah meniaga2 ni .... tu orang kata rezeki anak ... hehehe ... aku dapat suntikan semangat berbisnes ni semenjak aku mengikut jejak langkah en.somi tolong beliau secara kecil-kecilan .... memang menarik berbisnes ni sebab duit masuk macam air dan duit keluaq pun macam air .... *aishhh boros sangat aku ni...mmg aur dgn tebing betullah!

kalau ikutkan melalut aku ni sampai ke besok pun takkan habis .... artikel kali ni *ceh jet-jet artikel bagai noh .....kali ni aku nak tunjuk kat korang produk yang aku jual selain drpd barangan kosmetik .....
TARAAAAAA!!!!!!



jadi inilah dia tupperware2 yang cik kiah juai naaaa 
kalau berminat whatsapp 01123291061
nak we chat pon boleh add : kamelsufi
kalau nak usha-usha produk lain ni ha barang-barang niaga cik kiah
tekan link tu jumpalah previous post :)


Friday, November 1, 2013

Bedak Tanaka Original Murah

Assalamualaikum W.B.T

Haish senget2 dah pale den ni ha nak meng-update blog ni . Diatas permintaan ramai kali ni cik kiah nak cerita pasal bedak tanaka . *hahaha...cik kiah gitooooo . Bedak tanaka ni dipendekkan intronya adalah bedak sejuk daripada burma . tawu tak burma tu kat mano jang? Myanmar ler . Tanaka ni diperbuat daripada pokok tanaka asli ye ... kayunye ditebang,dikerat,dicuci,dikering,dikisar,diproses dan macam2 'di' lah.... ade yg dijadikan serbuk,krim,sabun & mcm2 lg lah . dan yg hado dgn aku ni ialah bedak tanaka & sabun2nye .

 yang hijau ni tanaka lime

 yang pink pekat ni tanaka fragrant 4in1 
 yang pink putih ni tanaka roses
 yang putih suci ni tanaka jasmine a.k.a tanaka melor
 ha banyak pilihan kan . excited tak . excited giloossss . scroll bwh dulu . ade lagi ni
 yang putih label coklat ala mary brown ni tanaka sandalwood
yang ni tanaka original *memang tanaka dara tak cmpur apa2
ha yang ni serbuk tanaka pure punya sebelum diproses menjadi krim tanaka ni
hak ni hambe tak juai naa
sorry ... 
taraaaaa! & yg last ni adalah sabun tanaka
sesuai untuk muka dan badan
siapa nak awet muda pakai lah tanaka ye

1. apa ke benda tanaka ni?
tanaka ni adalah bedak  sejuk yang juga boleh dijadikan sebagai scrub muka, bb cream, foundation alaa bedak alas muka tu, & jugak sun block .

2. ada kebaikan ke? elok ke yop?
fungsi dia untuk mencerahkan kulit, memutihkan kulit, membersihkan kulit daripada cela, menyejukkan kulit, melembutkan kulit, menegangkan kulit, menggebukan kulit, menyegarkan kulit, mengecutkan jerawat dannnnnnn segala macam 'meng' lah. *kalau sekali pakai dah allergy,tolong stop,dat mean kulit hampa sensitif dgn produk ni

3. cara nak pakai?
hoi hang ni takkan tu pun nak kena ajaq?...amik air bancuh pastu tepek la kat muka ke kat leher ke kat tangan ke .

4. pakai air apa?
aku cepuk jugak die ni,banyak tanya betol .

5. *garu2 kepala . err ada lagi ni . okay last2 .
produk ni berdaftar ke dgn kerajaan malaysia . ke seludup punya ni?
amboiiiii..dah bg peluang tanya ngko tanye mende merepek ni...aku sekeh kang....
berdaftar la, kalau bukak bekas tu ade sampul kecil dalam die ,nanti ada lambang kerajaan malaysia..

okay sampai disini saja madah berhelah cik kiah ye . pada sapa2 yg nak order tanaka ni sbg nak buat stok pekasam atau teringin nak try .
save kan nom cik kiah ni dan whatsapp ye .
nak ber we chat 2 pon boleh 
nah add ni : kamelsufi
*postage ke semenanjung rm8
postage ke sabah sarawak rm10
kalau order lebih 1kilo postage semenanjung rm12
postage 1kilo ke sabah sarawak rm20

Wednesday, September 18, 2013

Anakku Obesiti

siapa sangka baby syifa ni yg lahir hanya 2.68kg sekarang sudah 6.90kg. dah 3bulan tapi dah nak masuk 7kilo. pergi klinik pulak   kena bising dengan misi sebab anak obes. pergi kemana saja orang sekeliling pasti geram dengan si manja ni, tambah lg baby syifa ni berketak2 badannya, pipi pun jatuh labuh ala pauh dilayang.

cuba bayangkan bayi 3bulan dah muat pampers saiz L. WOW!

ramai yg tanya, 'semangatnya anak, kau bg makan apa'. tiada bohong tiada kompromi hanya susu ibu dan susu formula sahaja. belum tiba masanya lg untuk syifa diberikan nestum atau bubur. kasihan dia, nanti kembung perut dia. sebab bayi 5bulan kebawah sistem pencernaannya belum bersedia lg menerima sebarang makanan. cuma kalau nak kenyangkan anak, ketika bancuh susu anak sila ikut aturan pada label tin/paket susu formula. untuk baby syifa aku berikan 1botol kecil 120ml + 4auns susu.

aku pun tertanya2 juga baby syifa ni menurun siapa. bila balik rumah bonda memang kawkaw syifa digomol2. kata ibunda aku masa kecik beginilah rupanya. patutlah! hahahaa! inilah namanya baka yg subur!

Monday, August 19, 2013

1001 kisah

Kadang2 kita terleka alpa dengan duniawi sedangkan yg lebih indah masih terbuka menanti di akhirat sana .. Alangkah bagusnya kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W bersatu untuk kesenangan bersama kelak .. Peperangan sesama sendiri, bunuh membunuh, menganiaya, benci membenci, maksiat sana sini, tamak haloba hinggakan terlupa ada yg lebih susah daripada kita .. MasyaAllah !!!
Sejuta insan bersatu hati, sejuta hati dengan satu niat .. kita bahagia dan aman dibumi Malaysia tp masih ada yg tak tahu cetusan konflik dibumi arab .. Setiap hari ribuan nyawa terkorban syahid perjuangkan islam .. Marilah kita berdoa bersama agar mereka yg berjuang dilindungi .. Janganlah kita mengeluh dengan hidup kita, biar susah janji kita tetap berusaha untuk majukan diri ..
Tak salah untuk kita menikmati rezeki anugerah Illahi tapi perlukah kita bermegah dengan niat ada yg mencemburui kita .. Bersyukurlah kerana segalanya adalah hak milik Allah S.W.T .. Bersyukurlah ...
Sedarilah bahawa asalnya kita hanya dari segumpal darah persenyawaan ibunda dan ayahanda yg tercinta, sedarilah kita bahawa sejak kecil tangan kasar itulah yg mengendong, menyuap, membelai, mencuci, menjaga, membesarkan, melindungi, memberi kasih sayang sepenuhnya untuk kita walaupun kita tak pernah menghargai mereka .. Mereka tetap kasihi kita, betul tak ? ...
Menjadi kebiasaan setiap insan untuk berlumba2 sesama sendiri kononnya persaingan sihat .. Pernah tak terfikir kita hanya memikirkan tentang sesama kita namun tidak pernah memikirkan walau sedetik pun pada Allah ? ... Astaghfirullah halazim ..
Syaitan membisikkan ditelinga, cukup2 lah baca ni, kamu takkan insaf punya, kan hati batu, nanti dah tua boleh taubat jugak . Ya Allah tunjukkanlah kepada kami hambamu akan hidayah :') aaminnn ya robb .
Wahai sahabat2 saudara2 saudari2, lupakanlah sengketa semalam . Memang hati yg terhiris masih berparut namun kemaafan meleraikan segalanya . Memang senang untuk melafazkan namun pahit yg diharungi tiada siapa yg tahu . Bukakanlah hati untuk menerima dan memaafkan . Bukalah lembaran baru kerana setiap makhluk telah ditulis qada dan qadarnya :')
Allahualam :')

Friday, August 16, 2013

Resepi Nasi Goreng Seafood

Haiiiii....kita berjumpa lg dalam entry kali ni su nak tunjukkan rahsia istimewa dalam masakan su......
Siapa yg pernah makan hasil air tangan su mesti teringat2 sampai sekarangkan...cewwah....hahahahaha
Menu harini adalah NASI GORENG SEAFOOD...

BAHAN :
(Untuk 4orang makan)
NASI -4pinggan
AYAM -2ketul dipotong dadu
UDANG -5ekor buang kulit dibelah tengah
SOTONG -2ekor potong dibahagi 4
TELUR -2biji goreng hancur
JEJARI KETAM SEGERA (yg warna merah jalur putih yg panjang tu)-2batang potong 4 kemudian digoreng
UDANG KERING -ditumbuk lumat
CILI PADI - ditumbuk lumat
BAWANG PUTIH & MERAH -ditumbuk lumat
BAWANG BESAR -ditumbuk lumat
SOS IKAN -1sudu besar(kalau takde pun takpe)
SOS TIRAM -1sudu besar
SOS SOYA -1sudu besar(kalau takde gantikan dgn kicap pekat manis)
SERBUK PERASA AYAM -secukup rasa
GARAM & GULA -secukup rasa
DAUN BAWANG -segenggam
DAUN SUP , BAWANG GORENG , TIMUN-untuk hiasan
AJINOMOTO -secukup rasa

CARA MEMASAk :
Perhatian! Tips ketika menumis bawang pastikan sampai bawang betul2 masak tp jangan sampai garing dan hangus . Disinilah yg akan menentukan kesedapan rasa nasi goreng korang .
1.Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih ,bawang merah,bawang besar,cili padi,udang kering sehingga naik bau dan warna kekuningan .
2.masukkan ayam,udang,sotong,jejari ketam gaulkan sampai masak . Sambil gaul masukkan sos ikan,sos tiram,sos soya,garam ,gula kemudian gaul sebati .
3.setelah ayam dan bahan lain cukup masak, kita dah boleh masukkan nasi,telur,daun bawang serta serbuk perasa . Gaul rata hingga sekata *sampai takde ketulan nasi
5.step yg terakhir...sebelum tutup api tu tabur sikit ajinomoto sebab kalau tak letak rasa kelazatannya akan berkurangan....*ini betul2 bukan psycho taw
4.setelah nasi goreng masak boleh taburkan daun sup dan bawang goreng diatasnya..hiaskan juga ditepi nasi goreng dgn hirisan timun....

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!

Thursday, July 25, 2013

Sembelit Selepas Bersalin

Khamis 25 Julai iaitu hari ini genapnya baby syifa berusia 52 hari bersamaan umur 1bulan3minggu .. yayyy baby syifa dah besar !! Cepatnya masa berlalu pergi, rasa macam baru semalam je baby syifa lahir .. (ayat kebiasaan yg selalu orang guna .. hehe) Boleh dikatakan banyak perubahan dan peningkatan yg baik yg aku nampak pada si kecil ni .. contohnya dia dah pandai membalas senyuman, mula belajar mengenal orang disekelilingnya, dah pandai marah(lebih2 lagi bila tak dapat susu), dan yg paling ketara dia dah pandai menegur ibunya sendiri !!! Wow so fantastic babe :') TERHARU MAKKKK ..

Baby syifa pun sembelit taw baru2 ni .. kesian sangat bila dengar dia mengerang menahan sakit sembelit .. bayi baru lahir memang akan mengalami situasi macam ni .. mula2 memang risau sebab dekat 3hari si kecil tak membuang 'poo poo' dia .. lepas hari keempat barulah dia dapat melepas .. bila bawa jumpa physician, doktor kata perut baby baru nak belajar menyerap zat makanan yg ada dalam perut dia (that's mean susu ibu tu) jadi usus dia akan ambil masa nak proses najis tu .. macam tu la ceritanya .. *take note kalau ibu yg memberikan susu formula jika bayi anda sembelit segeralah rujuk pada yg pakar ..

Sekarang nak share cerita si ibu pula .. ketika aku admitted daripada hospital serdang dulu, doktor tak provide kan ubat 'mudah membuang' pada aku jadi pada 2minggu yg pertama selepas bersalin keadaan tubuh badan pada mulanya baik namun pabila masuk minggu ke 3 berpantang aku mengalami sembelit yg teramatlah teruk .. boleh dikatakan sebagai buasir kerana najis yg dibuang keras seperti batu bercampur dengan darah akibat luka kerana meneran sewaktu membuang .. *take note jangan sesekali meniru aksi ini kerana tersilap teran jahitan luka bersalin boleh terbuka kembali .. aku menahan seksa sembelit selama 1jam dalam keadaan menangis dan meraung dalam keadaan separuh sedar kerana rasanya seperti hendak bersalin sekali lagi .. bila dah kena sekali ingatkan tak akan terkena lagi .. tak sampai 3hari sembelit menyerang lagi .. tak tahu mana silapnya, aku menanggung seksa sembelit selama 3minggu .. ~pergh lamanya .. macam2 ikhtiar yg aku usahakan, MAKAN LIMAU SUNKIST , MINUM AIR SUAM 1 BOTOL BESAR SEHARI , MINUM AIR SUNQUICK , MINUM YOGURT , MAKAN BUBUR NASI , MAKAN BUAH BETIK , BUAT EXERCISE PERUT .. walaupun sembelit masih datang lagi namun rasa sakitnya semakin berkurangan, duduk dalam tandas pun takdelah sampai berjam2 hingga buasir berdarah .. nendaku menyarankan supaya aku mencuba julap namun aku tak begitu berani kerana aku masih menyusukan anak dengan susu badan .. hari berganti hari aku lalui dengan perit hinggalah pada hari ke 35 aku berpantang akhirnya sembelit aku telah hilang secara menyeluruh dengan sendirinya .. Alhamdulillah :')

Sembelit selepas bersalin berlaku apabila otot usus mengendur dan membengkak kerana melahirkan anak yg menyebabkan sistem pencernaan menjadi perlahan .. selain itu banyak faktor juga yg menjadikan si ibu itu mengalami sembelit selepas bersalin, antaranya kurang cecair dalam badan dan penghasilan hormon progesteron dalam tubuh badan ..

Jadi moral of the story, buat mommy to be diluar sana bila anda bersalin nanti jangan lupa request ubat 'mudah membuang' tu ye .. ;)

Saturday, July 13, 2013

Zaman Kanak-Kanak Zaman Terindah

Assalamualaikum buat para pembaca setia . Thanks a lot pada yg support sudi membaca blog mommy khalifa ni . In Syaa Allah every month su akan publish cerita terbaru & menarik untuk dikongsi bersama .

Entry kali ni su nak flash back ZAMAN KANAK-KANAK RIANG su . Lapan tahun yg lepas .... Su bersama 4 sahabat karib iaitu saudari Roslinda Roslan , Siti Mustiara Mustafa , NurAliff Nashuhada Mior Khalid , Nuramalina Saad . *rindu sejuta kali dekat korang tau!!! Perkenalan kami bermula apabila su & keluarga berpindah daripada jengka pahang ke rawang selangor . Ketika itu su berumur 8tahun,pertama kali menjejakkan kaki di tempat baru (time tu budak hingusan lg.nak pergi toilet pon tak reti) but bila dah meet dgn mereka ni . Sumpah enjoy sangat kat sekolah even hari2 kena rotan dgn cikgu sebab tak siapkan kerja sekolah yg terlampaulah banyak . (Chinese school homework die taubat 1hari 1bukit buku die kita kena siapkan,dah la esok kena hantar pulak tu.kalau tak siap kena rotan,ketuk ketampi and the worst most kena pakai kad bod gantung kat leher then pusing satu sekolah dgn menda alah tu.sumpah memalukan sebab aku pernah kena!)

Mesti korang pelik kenapa su enjoy zaman kanak2 su . Dengan keadaan di sekolah cikgu2 yg garang macam singa , guru besar yg suka berucap lama2 dan membebel waktu perhimpunan ( sebenarnya lebih kpd menjerit dkt microfon tu) dan kena bangun seawal LIMA PAGI untuk mandi . Sebab masa kecik-kecik dulu kena kayuh basikal pergi sekolah . Sebelum pukul tujuh dah kena sampai sekolah . Kalau pukul tujuh pagi tu dah dikira lewat tau! La ni budak2 sekarang tak layan dah basikal ni . Bangun tido nak pi sekolah pun dah pukul 7 . Ha berbalik kepada cerita su , zaman kanak-kanak ni paling best bila waktu beraya . Bila hari raya su ajak kawan2 pergi beraya kutip duit raya . Yang paling best su pun sambut chinese new year tau, su pakai baju warna merah dengan kawan2 then pusing sekampung kutip Ang pau .boleh tahan jugak siap masing2 dapat sebakul limau lagi . Sekarang dah tak boleh buat macam tu lagi dah , semuanya dah besor2 belaka . Hahahahaha *tunggu giliran baby syifa nanti pulak :)

Waktu kena mengaji petang-petang , su suka merayap ke perumahan seberang melepak rumah kawan then skip kelas mengaji . Selalu macam tu , lps tu mulalah baca Quran tergagap-gagap dan bila dah besar baru nak khatam Quran . Huhu

Hobi su dulu suka main masak2 bila waktu petang . Pukul 5 je panggil kawan datang rumah petik buah kelapa belakang rumah pastu minum sama2 . Pokok kelapa rumah su ni best sebab versi pendek punya tinggi 4kaki . Memang lunyai pokok kelapa tu kitaorang kerjakan . Hahahahahahaha ;)

Sekarang su masih lagi keep in touch dengan mereka . Su siap ber-we chat lg dgn Roslinda . Ber-fesbuk dgn siti & amalina . Cuma ..... su dah lost contact dgn NurAliff ni . Terakhir su bersembang dgn beliau ketika su 14tahun . Masa tu tgh aktif zaman MySpace . Su masih simpan alamat terakhir yg dia bagi ,time tu dia duduk cheras . Tak lama selepas tu dengar khabar yg dia dah pindah dan su tak tahu kemana dia pindah , kemana dia pergi . Su harap sgt satu hari nanti kita dipertemukan semula . I miss u bff :')

Apa yg berlaku su jadikan iktibar buat diri su dan su cuba untuk menjaga hubungan persahabatan dengan  kawan2 su sekarang . Buat kengkawan yg bersusah payah datang hospital jenguk su bersalin , dan kengkawan yg dtg rumah tgk baby syifa , su ucapkan ribuan riban2 terima kasih pada kalian semua . Su hargai jasa baik teman2 sekalian . Sampai sini post su buat kali ni . Wabillahitaufiq walhidayah Assalamualaikum W.b.t :)

Thursday, June 27, 2013

Mencari Bidan Urut a.k.a Confinement Lady

Berpantang oh berpantang......ingatkan semudah abc rupanya leceh woooo....belum tambah lagi nak cari tukang urut selepas bersalin/bidan urut/confinement lady.....aku mula berurut pada hari ke 18 berpantang iaitu almost 3weeks berpantang!!yg menjadikan aku lambat berurut ni sebab baby syifa 2kali masuk nicu sebab jaundis(demam kuning),dah booking opah urut tetiba jatuh sakit pulak opah tu kena strok....janji dengan tukang urut endon last minit tak jadi..kemudian terjumpa risalah iklan tukang urut,tanya harga sekali amik kau Rm550 dia bagi untuk 3hari...ikhtiar terakhir aku google..rupanya confinement lady ramai kat puchong ni...bila dah ada depan mata aku pulak memilih...mungkin sebab mahal kot(padahal nak save budget)..hahahaha :p

sehinggalah sorang membe datang rumah melawat baby syifa...dengan kesempatan yg ada aku pun tanya la confinement lady area2 puchong ni...kebetulan confinement lady yg dia kenal adalah kawan emaknya...Alhamdulillah jumpa jugak akhirnya!!nama confinement lady ni Puan Maryam(012-6463637) ,kita sendiri kena pergi ke rumahnya di bandar kinrara 6...barang yg kita perlu bawa cuma bengkung je nanti dia akan bengkungkan kita selepas siap urut....dia urut memang best..cara dia urut sangat profesional dan betul2 teliti...sekali urut rasa ringan je badan....sengal2 badan pun hilang...peranakan yg turun dinaikkan balik...puan maryam ni peramah orangnya,suka sangat sebab dia mesra alam..dia urut tak kira jam..selagi tak siap selagi tu dia akan urut...kalau nak mandi herba pun boleh cuma kita kena bawa bahannya(daun serai wangi,daun pandan,daun lengkuas)...payment pula adalah mengikut seikhlas hati dan kemampuan kita...

Lain masa aku nak datang berurut lagi...hehe..nanti nak bawa my granma pulak berurut....puan maryam bukan sahaja mengurut wanita selepas bersalin malah urutan tradisional bagi yg sakit2 badan pun boleh...

Welcome to Parenthood

Bayi yg baru lahir tidak mengenal waktu siang mahupun malam....perut mereka merangsang lapar tiap masa....para ibu perlu berkorban untuk berjaga malam....

Ada gaya ala muqadimah surat khabar tak???entri kali ni mengenai kehidupan baruku sebagai seorang mommy baru....

shopping baju anak ni adalah satu kemestian bagi setiap para ibu dan bakal ibu....antara salah satu gedung bayi yg paling aku suka singgah ialah dekat BABY OUTLET BANDAR SUNWAY PJS 11/1....barangan bayi newborn hingga 8year pun ada...dah nama pun warehouse,harga borong la....brand yg feymes kat warehouse tu ada brand ANAKKU,DISNEY,BEBE etc....bila dah rambang mata,setakat nak window shopping boleh jadi 'berhabis shopping'....

Breast feeding (BF) pada awal kelahiran baby syifa ni aku memang berkeras hanya nak berikan BF je tapi tak tahu mana silapnya,badan aku tidak berjaya menghasilkan susu yg banyak....kesian baby syifa kekurangan susu....aku telah mengubah fikiran untuk memberikan susu formula  setelah terjadinya insiden 2kali baby syifa kena admitted di wad nicu akibat jaundis (demam kuning) tahap kritikal....baby syifa dilahirkan pada usia 34minggu 5hari,jadi dia dilabelkan sebagai bayi pramatang..tambahan pulak tak dpt susu yg mencukupi lg la menjadi2 kuningnya..ibunda menasihatkan aku supaya memberikan susu formula + BF setelah anak sihat nanti...

Ini adalah pengalaman pertama aku dan encik suami menjadi ibu bapa....jadi perasaan risau sentiasa membuak2 dalam diri lebih lagi bila tengok anak mata nya semacam je menjuling ke atas...bila dibawa ke klinik,doktor kata ini bukanlah sawan tp perkara normal bagi setiap bayi yg baru lahir matanya baru nak 'setting'.....simptom sawan seperti badan bayi mengeras dan kejang dgn lama,mata hitam keatas dlm tempoh yg lama....

Anak itu adalah anugerah Allah yg amat bernilai,err...aku terfikir macam mana ada orang boleh sanggup buang anak sendiri????

Wednesday, June 26, 2013

Review Bersalin Di Hospital Serdang

Orang kata hospital government ni tak boleh pakai,servis lambatlah,kakitangan cuailah dan lebih2 lagi yg menakutkan dengan nurse yg garang2 dan bermulut celupar....tett....hahaha

Bagi aku sendiri yg dah merasa saat gentir gemuruh bersalin di hospital serdang ni,aku tak rasa pun yg GH ni seteruk yg diorang kata...lepas ni tak payahlah dengar cakap mak besah mak kiah mak jemah bagai,korang ikut kata hati korang sendiri....kalau dilema jugak nak beranak kat mana meh sue tolong2 sikit...

1.kalau setakat ada Rm2k tak payahlah nak berangan hantar bini beranak kat spital swasta even dorang de pakej yg below 2k tu...kalau nasib tak menyebelahi korang hari tu,bini korang kena c-zer,mana korang nak cekau duit oii....
2.lepas bini korang bersalin banyak nak pakai duit nanti untuk anak.eventhough dah shopping sakan barang baby tp nanti ada je barang yg nak dibeli lg...
#membebel je aku ni dari td
3.ha okay ni tips2 nya--> survey semua hospital yg berdekatan rumah anda.
4.semua kan di hujung jari,google lah...search mengenai review2 para ibu yg b ersalin di GH...masa tu lah kita tawu okay ke tidok...

Kalau untuk rating aku boleh bagi 4/5 bintang...kiranya 9/10 markah la..hospital serdang ni nurse dia baik2 belaka,peramah,prihatin cuma ada certain2 misi ni jenis membebel sikit....doktor dan mak bidan pulak memang tip top,bagus sangat..semua information dorang akan terangkan satu persatu(tp kalau tak paham kena tanya jugak) siap ada prons & cons lg..time doktor nak seluk pun doktor akan say 'sorry' dulu,jahitan pun elok kemas....sampai ke cleaner ngan pak guard pon okay kauuuu....kalau kat wad makanan dia pergh
macam lauk kat rumah...masa sue kat spital serdang dia bg nasi putih lauk sup ayam dgn sayur goreng lagi....sue bersalin pagi discharge malam so sempatlah mereka hidang 3kali makan tengah hari,minum petang dan makan malam...kaunter pembayaran masa nak discharge tu settle dlm masa 5minit je..DAN YG PALING PENTING SEKALI ENCIK SUAMI BOLEH MASUK LIBER ROOM TEMAN ISTERI BERSALIN(semua GH boleh)

Keseluruhan daripada pengalaman aku,hospital serdang ni okay sangat...Alhamdulillah aku selamat melahirkan seorang puteri secara normal dengan berat 2.68kg....